Sunday, May 9, 2010 5:15 PM
Selamat Hari Ibu
Ibu....kau lah segalanya...kaulah mataku bila ku kecil. Kaulah penawarku bila ku sakit. Kaulah senyumanku bila ku sedih. Kau lah jiwa ku di dalam hatiku. Aku telah banyak buat kesilapan terhapadmu tetapi aku tidak sedar. Hatiku yang buta. Kerap kali aku melawan kata kata nasihat dari seorang naluri ibu. Ada masa, aku tidak tahu mengapakah ada perselisihan faham antara aku dan ibu. Walaubagaimanapun, kasih sayang dan taat hormat tidak akan lari dari darah daging yang sama.
Aku yang berdegil tidak mahu mengikut kata ibu terutama sekali dalam soal cinta. Oleh kerana itu, banyak perkara telahpun aku lakukan dan rasa bersalah dan juga kesal. Baru aku sedar dialah yang lebih berpengetahuan dari padaku. Dialah yang membina cinta dan kasih sayang untuk ku. Bila aku dalam kegelapan, dialah matahriku yang menyinari hidupku. Bila aku kesempitan, dialah yang memberi ruang untuk luaskan kesempitanku. Bila aku masih hidup, dialah syurgaku di dunia fana ku. Tanpamu, tiadanya kehadiranku. Sedekat mana antara kuku dan jari, tidak sedekat kasih sayangmu untuk ku. Sedalam mana laut yang diselami, tidak sedalam kebahagiaanmu yang menenggelami hidupku. Seharum mana bunga berseri, tidak seharum nafasmu yang menyembuh untukku. Doa berkat dari anakmu tidak lepas dan tertinggal untukmu walau dengan tangan yang kosong ini. Doa hajat untuk anakmu demi kebaikan dan keberkatanmu tidak pernah cuai dan lalai. Mulut ku tidak akan rasa penat dan letih untuk selalu menyeruh nama mu. Tanganku tidak akak henti untuk membelai rambutmu. Hidupku tidak akan menyesal untuk mencapai hasratmu.....Oleh itu...aku ingin mengucapkan...
SELAMAT HARI IBU KANDUNGKU YANG LEBIH DARI TERSAYANG Tapak kakimu adalah syurgaku
Hatimu adalah hidupku
Nafasmu adalah nafas ku
Kebahagiaanmu berseri dalam diriku