Monday, March 22, 2010 10:22 PM
Cinta
Apa ertinya cinta? Cinta adalah perasaan kasih sayang yang wujud dalam setiap insan. Setiap insan menyayangi seseorang yang dikasihinya. Seperti cinta terhadap ayah dan ibu dengan kandungan anak mereka, cinta terhadap seorang lelaki dan seorang wanita dan juga cinta terhadap suadara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.
Cinta antara ibu dan abahku terhadapku memang mulia dengan sifat kasih sayang yang tiada kekurangan. Mereka mencintai ku dan aku mencintai mereka. Cinta terhadap kakak aku dan adikku terhadapku memang sama rata dan tidak berbelah bagi. Aku cinta dengan mereka. Cinta terhadap saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handaiku memang erat kerana sikap muliaku yang peramah dan berendah diri.
Aku tidak kekurangan dengan dengan segala cinta kecuali cinta antara aku dengan teman gadis.Ini kerana aku telah putus cinta. Perasaan yang amat menderita dan hati yang telah musnah. Putus cinta kerana terpaksa dan dipaksa telahpun aku jamah. Putus cinta kerana kehilangan rasa cinta juga telah aku lalui dengan perasaan yang amat hiba dan memilukan. Sebelum bercinta, segala perkataan manis terkeluar dari mulut. Selepas bercinta, perkataan manis tidak wujud lagi, mengakibatkan kekurangan kasih sayang dalam hati. Kerana inilah, cinta tidak wujud lagi dan putus cinta kerap berlaku.
Walaubagaimanapun, aku tidak akan putus harapan dan mengaku kalah dalam soal cinta. Cinta ku kepadamu akan ku bawa mati. Cinta ku terhadapmu akan ku simpan di hati. Cintaku untukmu akan ku pertahankan walau sebanyak cabaran dan halangan yang menanti. Kanku memberi diriku penuh semangat untuk berdepan dengan segala pancaroba bersamamu. Kanku memberi segala harapan untuk bercinta denganmu. Kanku tidak berputus asa untuk mendapat cintamu. Kanku melindungimu dari segala musuhmu. Kanku memelukmu untuk mempertahankan dirimu. Kanku mencium dahimu untuk menunjukkan kasih sayang dan cinta kepadamu. Kanku memimpin tanganmu supaya tidak kehilanganmu. Kanku membina masjid dan istana hanyala untukmu. KANKU MELAFAZKAN CINTAKU KEPADAMU....
HANYA MASA YANG KU NANTI. HANYA CINTAMU YANG KU PASTI.
Insyallah..Tuhan kabulkan apa kehendakku yang selama ini tersembunyi di dalam sanubari pada suatu hari nanti. Insyallah. Hanya yang maha esa sahaja yang tahu...
Masa: 10.57 p.m.
Tarikh: 22/03/10
Dari: TT dengan penuh ikhlas dalam hati tanpa mendapat balas
Kepada: II yang inginku menanti mu